Thursday, June 22, 2006

hari ke-6

Hari ini dalam sejarah

Ape yang sejarahnye…???? Ye lah hari ke enam dalam MISI ’06. setiap hari adalah sejarah bagi setiap diri individu setelah meninggalkan hari tersebut. Misalnya hari ini, hari Khamis, akan jadi sejarah bila hari Jumaat menjelma…

Hari ni, biasalah selepas bangun tidur (mata terbuka, takkan tertutup pulak kan???), mulalah kemas tempat tidur. Alhamdulillah dengan IzinNya, aku masih lagi bernafas sebagai seorang Islam, kesyukuran yang yang tidak dinafikan lagi. Malam tadi tidur dengan nyenyak sekali, tidak seperti malam sebelumnya…kenapa??? Sebab semalam sebelum tidur, aku dah mengambil ubat batuk dan ubat selsema serentak…kombinasi ubat yang hebat. Boleh meLALOKkan bagi si pemakannya.. sakit tak sembuh lagi, diri masih lagi batuk-batuk. Takpelah, mungkin inilah ujian yang dilemparkan Allah buat diriku ini. Apa yang penting sebagai hambaNya, kita perlu berUSNUZON denganNya.

Pagi ni, aku minum air susu buat hari yang kedua. Tapi dengan kuantiti yang sedikitla. Masih sukar mempercayai yang diri ni minum susu setelah 20 tahun tak minum susu. MasyaAllah kuasa Allah, memang tidak boleh ditandingi.

Hari ni, pengisian oleh Ustaz Alias lagi. Ustaz walaupun tak larat tapi melupakannya untuk terus berdakwah dan menabur Ilmu Allah kepada kami. MasyaAllah. Walaupun ini kali kedua mendengar pengisian ustaz dalam tajuk Amal Jama’ie tapi ia tetap memberi kesan di hati ini untuk terus berada dalam jalan dakwah, jalan Allah. Adakah kita akan tetap dijalan ini bila dah bekerja nanti, satu persoalan yang perlu diingati setiap hari supaya kita tidak terus leka dengan keindahan DUNIA hingga melupakan MATLAMAT hidup yang sebenar..

Petang pula, dengar pasal first aid yang nampaknya tak begitu praktikal (sebab penceramah tak dapat pinjam patung untuk tunjuk cara-cara CPR dilaksanakan) tapi cukup memberikan ilmu apabila kita berhadapan dengan orang yang tiba-tiba sakit di depan mata. Bukan senang sebenarnya nak merawat orang ni. Ada juga orang yang sakit tapi tak nak dibantu dan macam-macam lagi la kerenah orang ni, sukar dijangka. Kita nak sakit pun sukar dijangka kan??? Kepala ni sebenarnya macam nak pecah dah sebab pening tp takpelah, kita raikan mereka yang nak beri ilmu pada kita.. habibah makin lawa la pulak..husband die pun ade sekali, dua sejoli la katakan.

Hari ni stay kat balai raya sampai malam sebab nak berbuka puasa bersama ikhwah. Dalam hati apalah yang nak dimasak ikhwah sedang di rumah, Asma’ sedang sibuk dengan kuah kacang dal nya. Rupa-rupanya ikhwah masak ayam kicap, siap ada kentang dan tomato lagi..best gak..pandai pun masak. Takdelah bile kawin semuanya wanita yang nak kene hidang. Bagus-bagus!!! Makan hari ni memang mewah. Dengan nasi nya yang tak abis dimakan, air anggur, air teh ikhwah, buah-buahan dan lauk pauk yang tak kurang juga banyaknya. Alhamdulillah semua dapat makan. Bila tulis blog ni, teringat pula pada saudara-saudara seislam kita yang di Palestin, Republik Chech, cukup makan ke mereka??? So kita yang cukup makan ni, bersyukurlah kita dengan apa yang ada.

Lepas je makan dan solat isya’, masing-masing bersedia untuk balik. Rose dengan satu trip yang telah pulang ke rumah terpaksa di call untuk patah balik sebab tetiba akh redza dan kak hanim datang untuk bagi pengisian untuk malam yang kami ingat takda apa-apa. Semua terkejut tapi nak buat camana perancangan Allah tak boleh disangkal lagi. Pengisian yang baik juga dari akh redza.

Balik dari pengisian kononya nak pinjam kereta ustaz Samsuri dari ikhwah tp sampai je kat surau, pakcik husin suruh bawa kereta GEN2 die. Die takut kami tak lepas bawa kereta ustaz samsuri tu. Roha la yang bawa, bergaya betul roha,hehe.. pastu boleh pulak tersilap bile nak masuk signal, signal belah kiri, pegi tekan belah kanan, wiper yang berjalan, hehehe, kelakar betul… kereta ustaz samsuri, pakcik husin la bawa, sampai kat umah kami, tergelak kami dibuatnye, sebab pakcik husi kate, “letak je kereta ni kat luar, tak yah kuci pon tak pe, takde org nak amik”. Tingkap nya pon tak leh nak tutup. At last biar je kat luar tanpa berkunci.

So, setakat ni je pengembaraan untuk hari ini…malam ni banyak tugasan yang perlu dibuat.. semoga Allah memberikan kesihatan yang paling baik buat diriku…InsyaAllah…

0 Comments:

Post a Comment

<< Home