Thursday, June 22, 2006

hari ke-7

Hari ke tujuh

Assalamu’alaikum… bersua lagi untuk santapan minda hari ini. Pagi ni macam biasa dimulai dengan buka mata dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana tetap memberikan peluang kepadaku untuk terus menghirup udaranya. Pagi ni, azie bagi tazkirah, tazkirah nya lain sikit, biasalah bakal cikgu mesti nak buat lain dari lain untuk bagi semua orang yang dengar tak tertidur. Kene pulak beritahu apa yang kita tahu tentang sahabat satu rumah ni setelah tujuh hari bersama. Sal dapat Asma’. Tulis je apa yang sal tahu tentang Asma’. Minta maaf ye Asma’ kalau apa yang kak sal tulis tu tak betul. Rase betul dah, hehehe…

Tepat jam 9 pagi, semua dah berkumpul kat balai raya, ikhwah bisalah dengan air teh nye. Tak abis-abis tapi minum gak. Pagi ni Ustaz Samsuri yang bagi talk. Kepala dah set untuk tak tidur bile dengar talk ustaz. Alhamdulillah mata terbeliak bila ustaz bagi talk. Ustaz pun dengan kaedah yang lain sikit dari kebiasaan dah menambat hati aku untuk terus dengar, best gak pagi ni. Belajar macam budak pengajian Islam, pasal Syariah. Tp nak di ikutkan, bukan sahaja pelajar pengajian Islam yang kene belajar syariah tp pelajar ISLAM sepatutnya tahu perkara ni. Banyak jugak surah yang aku tak hafal bila nak bagi hujah kalau orang tanya pasal Islam. Inilah semangat yang aku dapat hari ni, kalau boleh setiap satu hokum Allah tu, aku tahu dalilnya sekali.

Tapi nak tau insan sebelah kanan aku, Roha, boleh pulak tertidur, kesian betul roha, penat kot. Urut punya urut, boleh pulak die tertidur jugak. Tergelak gelak kami berdua. Hehehe..sorilah roha tercerita dalam ni. Ooopppppssss!!! Takpe-takpe semangat tu ade. Esok2 boleh urut kak sal pulak. Budak sebelaj kiri lak, Hamnah, dah dekat nak kul 12 tu, aku pula yang ngantuk, apa lagi, hamna la yg jadi mangsa aku untuk urut.

Bile dah abis program tengah hari, kami di hantar oleh ustaz samsuri ke rumah akhawat, merasa juga la naik van ustaz tu. Aku la yang kene tarik pintu van tu. Adoi!! Ketatnya tp gagah jugak aku ni, hehehe…. Alhamdulillah sampai gk la umah. Terus ber qaylullah dan lepas tu makan nasi dan solat berjamaah. Petang tu ustaz samsuri menyambung perbincangan tentang syariah, petang ni gak ngantuk skit, ye la bile dah makan ditambah pulak di petang hari, bertambah-tambah lah zat galian di mata ni. Tapi orang kata kita perlu menghormati guru kita, so kene jugak gagah kan diri untuk dengar lagi pun tajuk syariah sangat penting buat kita yang hidup dalam zaman millennium ni. Apa yang akan kita lakukan sekiranya sesuatu hukum tidak terdapat dalam Al-Quran dan Sunnah? Disinilah timbulnya ijtihad, istislah, qiyas, dan sebagainya. Pening jugak sebenarnya, keliru pun ada, tapi orang kata biar keliru daripada tak tau apa-apa. Keliru tu maksudnya kita sedang berfikir.

Ok, habis dari segi input untuk hari ini, malam pula lepas solat dan makan, kami buat mesyuarat rumah buat kali pertama dalam MISI. Banyak juga perkara-perkra yang dibincangkan terutama peralihan kuasa ketua rumah dan bendahari rumah. Kali ini, servis ketua rumah bertukar tangan, Asma’ mengambil alih atas sokongan majority, so Asma’ pikul-pikul tanggungjawab ni ye dik. Bendahari rumah merangkap menteri kewangan rumah di pegang oleh Hamnah setelah fatimah retired.hehehe.. begitulah setiap yang bermula akan berakhir, KITA MANUSIA??? Hanya ALLAH mengetahui bila kita akan MATI.

Malam ni takde pengisian dari sesiapa, orang kate, bolehla berehat-rehat tapi kami tak bleh sebab ada tugasan yang menanti, kami perlu menghafal hadis, respon surat khabar dan siapkan blog harian. Alamak respon surat khabar tak buat lagi, azie!!!! Jom kita buat cepat.
Pastu apa lagi, tidurlah cepat sikit supaya dapat qiyamullail.

Begitulah pengakhiran hariketujuh, walaupun nampak cam simple je tapi satu hari ni memberikan sesuatu yang baru dalam diri. Alhamdulillah…

0 Comments:

Post a Comment

<< Home